Ini bukan bidang saya. Saya tak biasa. Saya tak pandai
10 07 2010Salam sejahtera sahabat
Banyak kali saya menerima email yang mengatakan
“Ini bukan bidang saya. Saya tak biasa. Saya tak pandai”….pasti anda juga merasakan begitu..
Ok..hari ini saya nak kongsikan 1 artikel yang saya dapat dari sebuah laman web yang mungkin ada kena mengena dgn tajuk email pada kali ini..
“Ini bukan bidang saya. Saya tak biasa. Saya tak pandai” -
Ingatlah bahawa ini bukanlah satu hobi yang boleh anda suka atau tidak. Ini adalah bidang perniagaan yang serius. Ramai yang berkata seperti ini tetapi ingatlah ‘bidang perlukan wang’ adalah ‘bidang’ semua orang.
Jika kita tak sanggup buat sesuatu maka kita perlu berhenti dari merungut dengan tidakcukupan yang tak pernah berkesudahan kerana kita tidak sanggup berubah. Tak pandai boleh belajar dan ‘pelajaran’ ini adalah jauh lebih mudah dari kita mengambil peperiksaan SRP dulu. Kita perlu pandai membezakan diantara masalah dengan ALASAN kerana perkara seperti inilah yang menghalang perubahan hidup kita selama ini.
Lagipun tiada seorangpun yang terlibat dalam bidang Network Bisnes ini sememangnya bidang mereka. Tiada kursus Sijil Network Bisnes atau Diploma Network Bisnes. Semuanya dari bidang lain seperti anda. Bezanya ialah mereka mahu berubah atau tidak. “Saya dah cuba dulu tapi tak menjadi”
Ingatlah bahawa ramai yang berjaya hari ini adalah bukan percubaanya kali pertama. Malah orang yang mendapat puluhan ribu sebulan
sekarang ini ada yang pernah banyak kali gagal. Kita perlu cuba dan terus mencuba sehingga berjaya. Setiap percubaan adalah harapan. Berhenti mencuba maka tiada lagi harapan.
Mungkin juga dulu kita mencuba sesuatu yang tidak tepat. Ada juga katanya pernah gagal dalam Network Bisnes tetapi sebenarnya dahulunya dia bukan sertai Network Bisnes tetapi
sertai syarikat tanpa lesen, tanpa produk, money game ataupun pelaburan haram.
Satu keputusan yang kita ambil hari ini tidak mustahil akan merubah kehidupan kita selamanya.“Percayalah…….Apa Yang Berlaku Pada Kita Sekarang Adalah Keputusan Yang Kita Buat Dahulu …Dan Apa Yang Akan Berlaku Di Masa Hadapan Kita Adalah Bergantung Kepada Keputusan Yang Kita Lakukan Hari Ini”
Disini.. siapapun anda… tiada bezanya .. guru, jaga, kerani, doktor, jurutera.. peluang adalah sama cuma bezanya cepat atau lambat anda merebut peluang. Siapa cepat, semakin mudahlah untuk dia berjaya.
Renung-renungkan lah
Categories : Panduan Blog













Recent Comments