Maal Hijrah - 1432H ( 7.12.2010 )

6 12 2010

Salam semua sahabat,

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian saya diblog ini. Maal Hijrah datang lagi . Apakah tahun ini kita masih terus membina azam atau memperkukuhkan keazaman masa lampau yang tidak pernah tercapai. Ramai orang seakan-akan baru membina azam bila sampai maal hijrah . Memang patut kita membina azam, tapi sejauh manakah pencapaiannya.

Semalam adalah sejarah buat kita , simpanlah didalam nota kehidupan bahawa kita tidak akan mengulangi sejarah semalam yang kelam. Hari ini adalah hari kita - untuk kita memperkukuhkan azam dan esuk , kita mohonlah keredhaan Illahi agar diberikan hidayah bagi meneruskan perjuangan.

Hidup kita ini perjuangan . Kadang-kadang kita kalah dengan undang-undang alam yang diciptakan Tuhan .
Kita perlu bersabar . Ada masa kita akan menang . Dimasa itu jangan lupa untuk bersyukur sahabat. Semuga Maal Hijrah kali ini membawa cahaya kejayaan dan keinsafan kerana kita masih lagi bernafas

Share/Save/Bookmark