Selamat tahun baru 2011
1 01 201110 ciri Usahawan Berjaya
Sahabat
Jika ditanya siapa ingin berjaya dan tentunya semua orang inginkan
kejayaan. Apakah itu kejayaan? Memiliki rumah dan kereta yang
mewah? Mempunyai simpanan yang banyak? Atau mempunyai anak yang
ramai?
Mungkin ada yang berkata bila sudah tamat belajar di universiti dan
mendapat pekerjaan yang baik, sudah dianggapnya sebagai kejayaan.
Ada juga yang sudah mempunyai segalanyanya tetapi masih menganggap
belum mencapai kejayaan. Kenapa pula? Kerana kejayaan bergantung
kepada matlamat seseorang. Kejayaan adalah pencapaian didalam
sesuatu matlamat atau objektif seseorang.
Untuk mencapai matlamat yang telah disasarkan dan memperolehi
kejayaan , anda memerlukan daya minda seorang jutawan. Mnda jutawan
adalah minda usahawan berjaya. Disini saya kongsikan 10 ciri yang
boleh anda diterapkan untuk menjadi usahawan berjaya;
1. Suka bertanya soalan yang membina - Dalam mengatur langkah
menuju kejayaan, kita perlu selalu bertanya kepada mentor atau guru
anda sekiranya ada perkara yang tidak faham atau tidak pasti.
Dengan bertanya, sifat menganggap sentiasa betul akan lupus. Anda
akan dapat yang terbaik!
2. Fokus kepada apa yang mereka inginkan - Untuk berjaya dalam
perniagaan, anda perlu fokus kepada perkara-perkara yang pelanggan
anda inginkan. Fokus kepada permintaan bukan pengeluaran.
3. Tindakan yang berkesan/mantap (massive action) -
Bersungguh-sungguh ketika melakukan sesuatu perniagaan dengan
tindakan yang mantap bukan sambil lewa atau melakukan dengan
bersahaja.
4. Keinginan yang memuncak - Sentiasa melakukan sesuatu aktiviti
dengan penuh semangat dan harapan yang kental tanpa mudah mengalah
dengan perasaan jemu.
5. Enjoy dalam segala aktiviti anda - Lakukan aktiviti anda dengan
tanpa tekanan dan gangguan emosi. Pastikan anda minat dan enjoy
dengan apa yang lakukan tanpa paksaan.
6. Imej profesional - Jadi seorang yang pakar didalam bidang anda
dan sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan.
7. Bertanggungjawab - Anda harus mempunyai sikap tanggungjawab yang
tinngi didalam segala urusan perniagaan anda. Terutama kepada para
pelanggan anda.
8. Sentiasa ingin belajar - Walau siapa anda sekali pun anda harus
terus belajar samaada mendalami bidang yang sedang diceburi atau
bidang yang lain. Anda harus memiliki sikap ini.. ini sikap jutawan!
9. Bertutur dari hati - Lagi satu sikap yang anda perlu untuk
berjaya. Setiap pertuturan anda harus lah ikhlas dan jujur. Cakap
dengan hati bukan cakap dalam hati ok.
10. Tunjukkan standard anda - Untuk pencapaian yang berterusan dan
sentiasa maju kehadapan, anda harus kawal imej dan tatatertib anda
dengan kesemua pelanggan anda.












Salam Yazmir - camna nak letak Follower widjet - tolong ajar k
Maaf akak baru terbaca - ingatfkan tiada comment
inyaAllah dgn adik-adik semua tentunyaf akak boleh berjaya